Posted by
Assalamu’alaikum buat semua pengunjung.
Kami di IlhamZayyan.com ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua yang telah dikurniakan ‘gelaran/panggilan’ kehormat ini atau yang bakal menyandangnya tidak lama lagi.
Semoga anda semua dikurniakan hikmah, kesabaran dan kebahagiaan sepanjang melayari kehidupan sebagai seorang ibu dalam membentuk generasi demi generasi yang soleh lagi rabbani buat mengemudi ummah ini InshaAllah!
Buat pengetahuan semua Promosi Pembukaan – Diskaun RM20 untuk Koleksi Jubah dan Blouse yang telah dilanjutkan ke 2hb. Mei 2009 baru sahaja berakhir. Oleh itu semua harga produk dalam koleksi tersebut telah kembali ke harga asal. Bagi yang belum mendapatkan jubah/blouseĀ pilihan hati kenalah cepat-cepat beli sebab kuantiti sangat terhad dan memang banyak peminat yang dah pun membeli. Apapun, jangan bimbang kerana kami akan terus menawarkan produk-produk berkualiti dengan harga paling ‘berbaloi’ untuk anda berbelanja. Pelbagai produk, pelbagai harga; VARIASI untuk memenuhi KEPERLUAN dan MINAT semua InshaAllah.
InshaAllah kami juga akan cuba memudahkan interaksi di website/blog ini. Untuk itu komen anda amatlah dialu-alukan. Beberapa tips melayari IlhamZayyan.com untuk panduan semua:
1) Layari koleksi penuh (online) dengan klik Senarai Produk. Seterusnya klik Koleksi Produk yang diinginkan (contoh: Koleksi Jubah & Blouse)
2) Semua halaman Koleksi Produk mempunyai butiran ringkas. Info Lanjut boleh didapati dengan menekan butang More Info pada halaman/produk tersebut. Produk-produk kami juga akan dimuatnaik terus ke blog secara berperingkat. Mulai hari ini InshaAllah, semua entri produk di blog ini akan disertakan dengan maklumat seperti saiz dan kod produk untuk kemudahan anda, terutama mereka yang berlanggan terus dengan IlhamZayyan.com
3) Untuk menempah/membeli, sila catatkan kod produk yang diinginkan, klik butang Buy Now dan isikan Borang Tempahan dengan lengkap. Anda juga boleh telefon dan SMS Pn. Nurin di 019-7572550, komen di blog ini atau chatbox untuk bertanya, menempah, membeli mahupun sekadar berinteraksi dengan IlhamZayyan.com.
4) Bayar hanya bila mendapat pengesahan dari pihak kami dan penghantaran akan dibuat selepas bayaran untuk transaksi diterima kami.
InshaAllah tak susah kan? Jangan segan-segan tanya kalau tak pasti ye!
Selamat berkunjung, membeli-belah dan terus menyokong usaha kecil kami. Terima Kasih dan Selamat Hari Ibu
Nurin Zulkifli, Pengurus Operasi.