Posted by
Assalamu’alaikum Warahmatulahi Wabarakatuh
Para pengunjung dan pelanggan yang dihormati,
Kami ingin memaklumkan perubahan polisi pembelian di IlhamZayyan.com berkuatkuasa untuk semua tempahan bermula 23hb. Disember 2009 (Rabu) ini.
Para pelanggan kini diberikan tempoh 3 hari bekerja untuk membuat pembayaran setelah menerima ‘confirmation email’ untuk tempahan yang dibuat. Jika pembayaran gagal dilakukan dalam tempoh tersebut tanpa sebarang makluman dari pihak pelanggan, tempahan akan terbatal dan item yang ditempah akan dibuka untuk jualan kepada lain-lain pelanggan kami.
Kami berharap lanjutan tempoh pembayaran akan dapat memudahkan para pelanggan. Walaubagaimanapun, kami juga berharap sekiranya anda mempunyai sebarang kesulitan semasa atau selepas menempah, sila hubungi kami melalui ruangan chatbox/komen/YM/email atau hubungi terus kami di talian 019-7572550 (Puan Nurin).
Sila lawati ruangan Cara Membeli untuk memahami polisi penuh kami.
Terima kasih kerana terus mengunjungi IlhamZayyan.com. Kami mengucapkan Selamat Tahun Baru dengan paparan Koleksi Hijrah – Tshirt Labuh Muslimah terbaru kami.
Salam ukhuwwah,
Nurin Zulkifli,
019-757 2550/ nurin@ilhamzayyan.com