16
Sep

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Subhanallah, Ramadhan sudahpun sampai ke penghujungnya dan Syawal bakal menjelang tiba.

Sempena meraikan lebaran yang sudah hampir, IlhamZayyan.com mohon mengundurkan diri buat sementara waktu. Kami akan bercuti mulai Sabtu 19 September 2009 sehingga 27 September 2009 InshaAllah. Tempahan masih kami terima dalam jangkamasa ini tetapi hanya akan dihantar pada Isnin 28 September 2009 InshaAllah. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan tshirt labuh sejurus selesai bercuti raya, pastikan ada menempah segera untuk kami pastikan ’stock availability’.

Promosi Ramadhan-Merdeka-Syawal pula akan terus dilanjutkan hingga 11 Oktober 2009 untuk memberi laluan kepada pelanggan-pelanggan kami mendapatkan harga rendah dan diskaun pos untuk produk-produk yang diminati dengan lebih banyak koleksi yang akan terus kami tampilkan InshaAllah.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung dan semua pelanggan yang tetap terus menyokong kami di IlhamZayyan.com. Semoga Allah menerima dari kita yang serba kekurangan ini.

Teruskan bersama kami dan mohon doa kalian agar usaha dan tiap amalan kita diberkatiNya InshaAllah.

Salam Aidilfitri 1430H dengan doa dan ingatan dari kami,
Nurin Zulkifli – Nawwar Izyan – Ahmad Affzan Abdullah @ www.ilhamzayyan.com

Category : Makluman