12
Feb

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, dengan izin-Nya Ilham Zayyan Boutique – IlhamZayyan.com telah terpilih untuk muncul dalam ruangan Ayu – Busana Muslimah, Harian Metro hari ini. Kami berterima kasih dan mengucapkan Jazakumullah Khairal Jazaa’ kepada pihak wartawan, jurufoto dan editor yang telah sudi memaparkan usaha kecil kami ini ke khalayak pembaca yang sangat besar jumlahnya. Terima kasih juga buat sahabat kami, Liyana Hisham yang telah sudi menggayakan koleksi yang dipaparkan.

Apapun, terdapat beberapa kekeliruan yang ingin kami jelaskan di sini :

1. Tshirt labuh muslimah yang digayakan oleh model ialah tshirt berjenama Aqeela yang bukan rekaan kami
2. Tshirt rekaan kami insyaAllah akan dihasilkan sedikit masa lagi
3. Tshirt Aqeela bukanlah eksklusif. Ia dihasilkan dengan kuantiti yang banyak (mass produced) dan bukannya hanya ada sehelai sahaja untuk satu design. Akan tetapi, design tshirt Aqeela sentiasa silih berganti.
4. Produk busana muslimah yang telah kami hasilkan (jenama Ilham Zayyan) buat masa ini ialah Shawl/Selendang dan Tudung Labuh
5. Temuramah dengan pihak Harian Metro telah diadakan sebelum tahun 2010 lagi cuma pada hari Jumaat 12/2/2010 barulah artikel berkenaan temuramah tersebut disiarkan. Maka tshirt yang dipaparkan dalam Harian Metro tidak semuanya available pada hari ini. Ada yang telah habis dijual.

Kami memohon maaf di atas segala kekeliruan di atas. Walau bagaimanapun, kami sangat bersyukur di atas peluang dan pendedahan yang kami terima, malah ‘kebanjiran’ tempahan hari ini menyebabkan sedikit kesulitan untuk mengemaskini stok dan memberi maklumbalas produk.

Terima Kasih kerana mengunjungi IlhamZayyan.com dan menyokong usaha kecil kami ini. Teruskan membeli dari IlhamZayyan.com =)

Nurin Mazaya Zulkifli
PENGURUS OPERASI,
IlhamZayyan Boutique
www.ilhamzayyan.com
019-757 2550

Category : Makluman

2 Responses to “Kekeliruan dalam paparan Harian Metro (Ayu-Busana Muslimah)”


yussalina 12/02/2010

boleh tak tempahan ikut ukuran badan yg diberikan?kalau mcm tu harga dikira bagaimana?

nurin 12/02/2010

Yussalina: buat masa ini kami belum dapat menerima tempahan sebegitu kerana tempahan untuk kain tshirt hanya boleh dibuat secara pukal.