Cara Membeli

Di sini kami menyenaraikan langkah-langkah untuk anda memesan dan membeli produk-produk dari IlhamZayyan.com.

1
Cara Membeli 1 - Catatkan kod produk

Pilih Produk Yang Diinginkan dan Catatkan Kod Produk Tersebut

Setiap produk kami diberikan kod khusus. Catatkan kod produk sebelum anda mengisi borang pesanan.

2
Cara Membeli 2 - Isi borang tempahan atau SMS

Isi Borang Tempahan atau SMS kami

Sila klik butang 'Buy Now' yang terdapat pada maklumat produk, atau tab 'Borang Tempahan' yang terdapat di bahagian atas laman web ini untuk mengisi borang tempahan. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan tepat dan klik 'Send Email'.

Anda juga boleh menghantar SMS kepada kami ke nombor
013-2852550 (Pn Nurin Mazaya Zulkifli)
dengan memberikan maklumat berikut:

Nama, alamat, kod produk dan jumlah yang hendak dibeli. Contoh : Hana, 12 Jalan Tepi Sungai 2, 32100 Klang, Sgor. FSB3018 - 1 helai, JA 12805C-1 helai.

3
Cara Membeli 3 - Buat pembayaran

Buat Pembayaran

Kami akan memberitahu anda jumlah keseluruhan yang perlu dibayar termasuk kos penghantaran (jika ada) melalui 'confirmation email/SMS'. Anda diminta membuat pembayaran dalam tempoh 48 jam (hari bekerja) selepas 'confirmation email/SMS' dihantar. Andai tiada pembayaran dibuat selama tempoh ini, tempahan akan dianggap terbatal secara automatik.

Sila SMS ke 013-285 2550 atau email nurin@ilhamzayyan.com untuk memaklumkan kami tentang pembayaran yang telah dibuat bersama butiran tarikh dan masa transaksi.

Hari Kiriman Produk (Delivery Day)

Produk akan dikirim ke alamat anda menggunakan khidmat PosLaju/PosEkspres pada hari penghantaran selepas pembayaran dilakukan. Hari kiriman/penghantaran (Delivery Day) kami buat masa ini adalah Isnin dan Khamis, selepas jam 12 tengahari. Ini bermakna, mana-mana transaksi selepas jam 12 tengahari Isnin dan Khamis hanya akan dihantar pada hari penghantaran yang seterusnya. Kami akan memaklumkan anda sebaik saja penghantaran dibuat. Kos penghantaran adalah tanggungan penuh pembeli melainkan dinyatakan sebaliknya (contoh: promosi penghantaran percuma dll.) dan tertakluk kepada harga semasa yang ditentukan pihak Pos Malaysia.

Perhatian:
  • Sila pastikan kod yang dimasukkan semasa proses tempahan adalah kod bagi produk yang diinginkan.
  • Tempahan yang tidak dibayar dalam tempoh 48 jam selepas 'confirmation email' dihantar akan dianggap terbatal.
  • Pembelian tidak boleh dibatalkan apabila pembayaran sudah diterima oleh kami
  • Produk yang sudah dibeli tidak dapat dikembalikan.
  • Pihak IlhamZayyan.com tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang berlaku semasa proses penghantaran.
Kami berharap anda akan berpuas hati dengan produk dan perkhidmatan kami. Sebarang kemusykilan, sila hubungi Pengurus Operasi : Pn. Nurin Mazaya di talian 013-285 2550 atau email nurin@ilhamzayyan.com.

Terima Kasih dan Selamat Membeli!