Posted by (0) Comment
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Para pelanggan & pengunjung yang dihormati,
Ramadhan sudah terlalu hampir.
Semoga kita sudahpun bersiap sedia untuk memanfaatkan bulan yang mulia ini dengan ‘amal & keihklasan untuk meningkatkan iman & ketaqwaan.
Jangan lupa tanggungjawab kita untuk berzakat & bersedekah, juga mengeratkan silaturrahim di bulan yang penuh barakah.
Inilah peluang kita untuk memperbaiki diri dan meningkatkan peribadi untuk menjadi manusia yang lebih baik setiap hari InshaAllah lebih-lebih lagi setelah madrasah Ramadhan tamat nanti.
Keluarga IlhamZayyan.com ingin mengucapkan Selamat Memanfaatkan Ramadhan, mohon maaf di atas segala kelemahan & keterlanjuran, serta mohon doa keberkatan dari semua & buat semua agar limpahan redha, keampunan & barakah yang tersembunyi dalam setiap detik Ramadhan akan dapat dikecapi bersama InshaAllah.
Buat semua yang masih ingin menyertai Pre-Order Promosi Lebaran, kami akan menamatkan Pre-Order untuk stok September pada hari Rabu ini InshaALlah.
Jazakumullah khairal Jazaa’ buat semua yang telah menyertai Pre-Order lalu & melunaskan pembayaran. Item tempahan anda akan mula kami pos Khamis ini InshaAllah.
Ayuh kita memacu ‘amal, melawan nafsu, meraih sebenar-benar kemenangan InshaAllah!
Ramadhan Kareem Mubarak…
-Keluarga IlhamZayyan.com -